Sunday, 10 August 2014

Posted by Admin GoodNews2Us |

Apolos dari Aleksandria dalam Alkitab: Alkisah Seorang Pengkhutbah


Apolos dari Aleksandria dalam Alkitab: Alkisah Seorang Pengkhutbah

Posted: 08 Aug 2014 10:14 PM PDT


Beginilah contoh keadaan apabila pengkhutbah berkhutbah di luar rumah Tuhan dalam Perjanjian Baru.

 Pernahkah kamu menonton wayang kemudian terpaksa keluar ke tandas pada saat-saat genting dan apabila kamu kembali kamu mendapati telah terlepas babak yang penting? Atau, kamu pergi ke kelas dan tiba-tiba ada ujian tentang subjek yang kamu terlupa baca semasa mengulangkaji pelajaran? Inilah yang berlaku kepada seorang pengkhutbah bernama Apolos dalam Alkitab Perjanjian Barudia terlepas sesuatu yang sangat penting. Priskila dan Akwila, pengikut Yesus tahu akan hal ini.

"Pada waktu itu seorang Yahudi bernama Apolos, yang lahir di Aleksandria, datang ke Efesus. Dia pandai berpidato dan sangat memahami isi Alkitab [Perjanjian Lama]. Dia telah mendalami ajaran tentang Yesus. Dengan penuh kesungguhan, dia mengisytiharkan dan mengajarkan ajaran tentang Yesus dengan betul. Tetapi dia hanya mengetahui baptisan yang diajar oleh Yohanes. Dengan berani Apolos mula berkata-kata di rumah ibadat" (Kisah Rasul-Rasul 18:24-26, BM).

Ada diantara kita mempunyai kebolehan untuk menarik ramai pendengar. Kadang-kadang saya berfikir alangkah baiknya jika orang seperti ini sanggup menjadi alat bagi TUHAN untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang Yesus. Apabila Apolos datang ke Efesus, Rasul Paulus baru sahaja meninggalkan daerah Galatia dan Frigia (18:23). Jadi, semasa ketiadaan Paulus, Apolos mengambil alih dengan penuh bersemangat dan berani sekali mengkhabarkan ajaran Yesus kepada jemaat di Efesus tetapi – dia tidak mengetahui hal sepenuhnya tentang Yesus. Walaupun dia seorang yang "pandai berpidato dan sangat memahami isi Alkitab," dia hanya "mengetahui baptisan yang diajar oleh Yohanes [Pembaptis]." Dia berkhutbah berdasarkan pengetahuan yang dalam tentang Perjanjian Lama, tentang ajaran Yohanes and Yesus tetapi tidak tahu bahawa Mesias sudah datang.

Kebolehan Apolos menarik minat Priskila dan Akwila yang datang mendengarnya. Mereka sedar bahawa Apolos belum tahu lagi tentang perkara yang sebenar sepenuhnya. Bayangkan Apolos berkhutbah di gereja, berbicara dengan penuh semangat, mentafsir dan menerangkan Alkitab dengan tepat, menyeru orang ramai untuk bertaubat kerana Mesias yang dikatakan dalam Perjanjian Lama akan digenapi dan datang tidak lama lagi – tanpa menyedari bahawa Mesias (iaitu Yesus) sudah datang ke dunia, mati di kayu salib, bangkit semula, diangkat ke syurga dan telah mengutuskan Roh Kudus datang!

Oleh itu Priskila dan Akwila "membawa dia ke rumah" untuk menerangkan hal yang sebenar kepadanya. Bayangkan juga reaksi Apolos seorang yang sangat memahami Alkitab mendengar tentang "penyelamatan Allah melalui Yesus dengan lebih tepat lagi" (18:26). Saya merasakan bahawa apabila Apolos medengar Berita Baik ini dia bersukacita, dipenuhi dengan tenaga dan semangat yang baru, lebih yakin dan berani kerana segala nubuat tentang Mesias yang dia tahu dan ajar selama ini telah digenapi oleh Tuhan Yesus Kristus! Apa yang berlaku seterusnya? "Dengan penuh wibawa Apolos mengalahkan orang Yahudi dalam perdebatan di hadapan umum. Dengan mengutip ayat-ayat Alkitab, dia membuktikan bahawa Yesus Penyelamat yang diutus oleh Allah" (18:28). Wow!

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Seperti Apolos, kadang-kadang kita sangat yakin dan bersemangat untuk memberitakan Berita Baik kepada orang lain tanpa menyedari bahawa kita belum mengetahui perkara yang sebenar sepenuhnya. Kebanyakkan kita benar-benar (ikhlas) rindu untuk bersaksi kepada orang lain tetapi isi kandungan perkongsian kita tidak lengkap. Kita boleh tahu banyak perkara tentang Yesus dan ajaran-Nya dan tidak menyedari bahawa kita belum mengenal Yesus Kristus secara peribadi – dan fakta-fakta tentang kematian dan kebangkitan-Nya.(Sama seperti seorang Muslim yang selalu ingin berdebat dengan saya melalui blog ini). Tahu dan percayakah kamu bahawa "Yesus Penyelamat yang diutus oleh Allah"?

Kita juga boleh belajar tentang keperibadian Apolos. Walaupun dia sangat berkebolehan, pandai dan mengetahui isi kandungan Alkitab, dia seorang yang sangat rendah hati. Dia sanggup mendengar dan belajar melalui orang lain. Dia tidak berkeberatan untuk menjadi murid walaupun dia sendiri ialah seorang guru. Seorang pastor pernah berkata kepada saya, "Jika kamu ingin menjadi guru Alkitab yang baik kepada pelajar-pelajar di universiti dan kampus, kamu harus menjadi murid yang baik terlebih dahulu. Jadilah murid kepada Guru kamu, Yesus Kristus." Saya ingin menjadi seperti Apolos "sangat menolong orang dengan rahmat Allah, percaya kepada Yesus" (18:27). Bagaimana dengan kamu? Oh TUHAN Bapa, sekiranya kami belum mengetahui kebenaran sebenar tentang Yesus Kristus Penyelamat yang diutus oleh Allah itu, hantarlah "Priskila dan Akwila" untuk mengajar kami. Kami ingin merendahkan diri. Amin.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Memilki Iman secara Peribadi: Rut Memilih untuk Tinggal Bersama Naomi

Posted: 08 Aug 2014 12:13 AM PDT

Tiga persoalan apabila saya membaca Kitab Rut di dalam Alkitab Perjanjian Lama: Kenapa seorang perempuan balu yang muda dan cantik memilih untuk tinggal bersama seorang wanita tua? Kenapa dia tetap ingin bersama dengan ibu mentuanya? Kenapa dia tidak mahu mencari suami yang baru? Jarang sekali persoalan seperti ini ditujukan kepada wanita zaman sekarang kerana hal seperti ini agak jarang berlaku. Bagi seorang lelaki, situasi seperti ini langsung tidak masuk akal!

Ceritanya begini... setelah suami dan kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, Naomi berkata kepada kedua-dua menantunya, "Pulanglah ke rumah ibu kamu" (Rut 1:8, BM). Sebagai seorang balu yang sudah tua, Naomi sedar bahawa tiada faedahnya untuk mereka terus tinggal bersama dengannya. Mereka lebih baik pulang ke kampung halaman masing-masing dan memulakan kehidupan yang baru. Selepas agenda pujuk-memujuk berlaku, salah seorang daripada menantunya, Orpa, membuat keputusan untuk pergi walaupun hatinya agak berat untuk melakukannya. Tetapi Rut berkeras tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya: "Janganlah suruh saya pulang. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama. Di mana saja mak tinggal, di situlah juga saya hendak tinggal. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga" (Rut 1:16, BM). Hey Rut orang Moab yang berbangsa asing, apa yang kamu sedang fikirkan?!

Kemudian, Naomi dan Rut meneruskan perjalanan balik mereka dari Moab ke Yehuda. Sampai di sana mereka harus menyara kehidupan mereka sendiri. Oleh kerana pada masa itu ialah musim menuai, Rut mengambil inisiatif untuk pergi ke ladang dan memungut barli yang terjatuh setiap hari. Menurut peraturan Hukum Taurat, barang siapa yang terlupa atau menjatuhkan hasil tanaman mereka tidak boleh mengambilnya semula dan mereka harus membiarkan orang miskin mengambilnya (lihat Ulangan 24:19). Dengan ini, pemilik ladang akan mendapat berkat TUHAN dan memberkati orang lain. 

Cuba kamu bayangkan bagaimana perasaan Rut dalam keadaan sebegini. Bapa mentua dan suaminya telah meninggal dunia. Dia tinggal di tempat yang jauh dari tempat asalnya. Dia tinggal bersama ibu mentuanya yang balu. Dia setiap hari mengikut para penuai sambil memungut barli yang jatuh untuk dibawa balik sebagai makanan. Bagi kebanyakkan orang keadaan dan tanggungjawab seperti ini pasti akan menjatuhkan semangat mereka. Tetapi, bagi Rut, dia masih tetap setia bersama dengan ibunya, Naomi. Sungguh setia!

Sebagai balasan, Naomi telah mengatur langkah untuk menolong Rut. Mak mentua beginilah yang kita cari-cari selama ini. Suatu hari, Rut kembali ke rumah penuh sukacita dengan membawa hasil barli yang dikumpulkannya hampir sepuluh kilogram. Dia kemudiannya menceritakan kepada Naomi tentang betapa baik dan murahnya hati Boas (bos ladang barli) kepadanya. Ibu mentuanya kenal siapa itu Boas, lalu dia berikthiar untuk melakukan apa yang terbaik bagi menantunya, iaitu – mencarikan calon suami baru untuk Rut. Maka Naomi memberi tip yang agak pelik (bagi zaman kita sekarang. Baca Rut bab 3) kepada Rut supaya Boas berkahwin dengannya. Di akhir cerita "Boas membawa Rut pulang sebagai isterinya" (Rut 4:13, BM).

Mari kita kembali kepada persoalan saya tadi, kenapa seorang perempuan balu yang muda dan cantik sanggup memilih untuk tinggal bersama dengan ibu mentuanya sedangkan dia boleh mencari calon suami yang baru? Saya tidak memahami Rut, tapi yang pasti ialah kesetiaan, pengorbanan dan keimanannya banyak mendorong saya. Oleh kerana kesetiaannya, dia tidak meninggalkan Naomi seorang balu yang tua keseorangan. Dia sanggup berkorban untuk keluarganya (walaupun kecil) dengan bekerja di ladang setiap hari. Dia boleh berkahwin dengan seorang yang kaya kerana dia masih muda tetapi memilih untuk tidak berbuat begitu kerana keluarga lebih penting daripada kekayaan (tapi akhirnya TUHAN menemukannya dengan seorang lelaki yang kaya, beriman dan mulia. Dia tidak mencari, dia menunggu apa yang terbaik bagi TUHAN untuknya).

Ini yang saya sangat kagum dengan Rut: Apabila dia mengahwini anak Naomi, dia juga 'berkahwin' dengan TUHAN Israel yang disembah oleh keluarga barunya. Apabila suaminya meninggal dunia dia tidak sepatutnya terikat dengan agama suaminya, dia boleh meninggalnya tetapi dia tetap setia kepada TUHAN (Rut 1:16). Kenapa? Kerana iman yang dimilikinya sekarang ialah bukan daripada iman keluarganya atau suaminya atau ibu mentuanya tetapi – iman yang dia miliki secara peribadi dengan TUHAN Israel! Dia mampu bertahan dengan segala rintangan dan terus menunjukkan kasihnya kepada orang lain kerana dia mengenal TUHAN. Apa pendapat kamu terhadap iman yang dimiliki oleh Rut? Bagaimana dengan kamu? Milik siapakah iman kamu itu?

Untuk mengetahuan kamu: Rut ialah nenek moyang bagi raja Daud (Rut 4:18-22)

Dan merupakan keturunan keluarga Yesus Kristus (Matius 1:5)

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kebenaran Allah: Nabi Mikha dan 400 "Pengampu" Kerajaan Ahab

Posted: 07 Aug 2014 09:56 PM PDT

Realiti: Ramai pemimpin politik dan pemimpin agama di Malaysia sekarang dikelilingi oleh pengikut-pengikut (atau kuncu-kuncu) yang suka mengampu (untuk mendapat keuntungan) – bercakap sesuatu yang indah-indah sahaja dan 'positif' untuk mengambil hati mereka yang mendengarnya. Mereka sanggup bercakap bohong atau melakukan sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama mereka agar dapat diterima oleh majoriti masyarakat. Bagi nabi TUHAN di dalam Alkitab yang sebenar pula, ini tidak akan berlaku. Nabi sebenar (apabila mereka diminta untuk menasihati raja) hanya mengkhabarkan Firman daripada Allah sahaja – yang baik mahupun yang buruk. Jadi, apabila 400 nabi-nabi palsu berkata "Ya" and hanya seorang nabi sahaja yang berkata "Tidak" contohnya, maka nabi yang benar akan dibenci dan tidak disukai oleh orang ramai.

Ini yang berlaku di dalam kitab 1 Raja-raja 22. Pada masa itu, Israel dibahagikan kepada dua kerajaan: Yosafat ialah raja dari kerajaan selatan manakala Ahab ialah raja dari kerajaan utara. Apabila raja Ahab mencadangkan supaya kedua-dua kerajaan bergabung untuk menyerang kota Ramot, Yosafat memberi respon kepada Ahab dengan berkata, "Tetapi marilah kita bertanya kepada TUHAN dahulu" (1 Raja-raja 22:5, BM).

Oleh itu, raja Ahab segera mengumpulkan lebih kurang 400 nabi-nabi untuk menasihati dan bernubuat baginya. Semua mereka (mengampu!) berkata, "Seranglah. TUHAN akan memberikan kemenangan kepada tuanku" (ayat 6). Saya merasakan bahawa raja Ahab sekarang tersenyum lebar apabila mendengar nubuat mereka. Semua mereka menyatakan 'nubuat' yang raja ingin dengar. Namun begitu, raja Yesafat seperti tidak selesa dengan nubuat mereka itu dan bertanya sekiranya ada nabi lain yang boleh menanyakan hal ini. Raja Ahab menjawab ada seorang lagi nabi yang sangat dibenci olehnya kerana "dia tidak pernah bernubuat tentang perkara yang baik... dia selalu bernubuat tentang hal yang buruk" (ayat 8). Nabi itu ialah Mikha anak Yimla.

Setelah dipujuk (mungkin juga dihasut atau diugut) oleh pengawai raja untuk bersetuju dengan nubuat nabi-nabi yang lain, Mikha menjawab, "Demi TUHAN yang hidup, saya berjanji bahawa saya hanya akan mengatakan apa yang difirmankan-Nya!" (ayat 14). Dan apabila menghadap kedua-dua raja, nabi Mikha seperti menyindir raja Ahab dengan 'bersetuju' dengan nubuat nabi-nabi yang lain. Mungkin raja Ahab mengetahui sindirannya dan mentitahkan Mikha untuk berkata benar dihadapannya. Mikha dengan beraninya menjawab, "Inilah yang telah berlaku. TUHAN telah membuat nabi-nabi tuhanku berdusta kepada tuanku. Tetapi TUHAN sendiri telah menentukan bahawa tuanku akan ditimpa malapetaka!" (ayat 23). Dengan kata lain, raja Ahab akan mati dalam petempuran kerana TUHAN tidak menyertai dia.

Seperti kebiasaannya juga, apabila pengampu-pengampu merasakan bahawa mereka ditentang oleh kebenaran – mereka tidak berpuas hati (kembali kepada realiti di Malaysia). Salah seorang daripada nabi-nabi palsu itu, Zedekia anak Kenaana, datang  menghampiri Mikha lalu menampar pipinya! Zedekia mungkin boleh mencederakan hamba TUHAN, namun dia tidak mampu menghalang Firman Allah daripada menjadi nyata. Kebenaran tidak boleh disorok dan dihalang! Sementara Mikha dipenjarakan kerana bercakap benar, kedua-dua raja pergi berperang. Akhirnya, walaupun raja Ahab menyamar menjadi askar biasa, dia dicederakan oleh anak panah and mati dalam keadaan yang teruk sekali. Maka, raja Ahab mati "seperti yang difirmankan TUHAN" (ayat 38). [Baca kitab 1 Raja-raja bab 22 di dalam Alkitab Perjanjian Lama untuk mengetahui cerita yang lebih jelas lagi].

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Banyak, tetapi kita hanya fokus kepada nabi Mikha. Mikha ialah seorang nabi dan hamba TUHAN yang berani dan sanggup bertindak (walaupun sendirian) demi kebenaran. Dia bercakap bukan kerana ego atau keyakinan pada diri sendiri atau mengamalkan sikap berfikiran positif, tetapi dia "hanya mengatakan apa yang difirmankan TUHAN," iaitu, jika diaplikasikan kepada kita hari ini – dia bercakap berdasarkan kebenaran di dalam Firman Allah, (Alkitab) dan bertindak sesuai dengan firman-Nya (dia sangat tegas, tetapi pada masa yang sama dia menghormati raja dengan memanggil raja Ahab "tuanku" bukannya "hoi!"). Dia tidak mudah hilang pegangan walaupun majoriti berkata sesuatu sebaliknya. Dia sanggup mengambil risiko (dihasut, diugut, ditampar, dipenjarakan) demi imannya kepada TUHAN.

Jika kamu membandingkan semua ciri-ciri nabi Mikha yang dinyatakan dengan diri kamu:

Apakah perbezaannya? Apakah persamaannya?

Apakah yang boleh kamu belajar melalui cerita ini?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Kesetiaan Allah: Nabi Hosea Mengahwini Gomer seorang Pelacur

Posted: 06 Aug 2014 08:51 PM PDT

"Negeri ini tidak mengenal makna kesetiaan ataupun kasih.

Penduduknya tidak mengakui Aku sebagai Allah" (Hosea 4:1, BM)

Ada orang mengatakan bahawa Alkitab ialah sebuah buku yang sangat bosan untuk dibaca. Saya berpendapat, jika ada pun mereka ini membaca Alkitab mereka sekurang-kurangnya akan membaca kitab Kejadian sampai Keluaran dan kemudian berhenti atau tergendala pada kitab Imamat. Mungkin ada juga yang membaca sedikit sebanyak buku Mazmur dan Amsal, tetapi jarang diantara mereka ada membaca tentang kitab yang ditulis oleh nabi Hosea. Ramai orang suka membeli majalah untuk membaca tentang artikel-artikel seks, hiburan sensasi, berita hangat, dan cerita-cerita yang menarik – tetapi tidak ramai yang tahu bahawa semua ini mereka boleh baca di dalam Alkitab, terutamanya di dalam kitab Hosea.

Ceritanya sangat menarik (Baca Hosea bab 1 hingga 3). Hosea dipanggil untuk menyampaikan perkhabaran TUHAN kepada umatnya sendiri iaitu orang Israel di kerajaan utara. Pada masa itu, berbanding dengan kerajaan selatan yang mempunyai sedikit sahaja raja-raja yang takut akan TUHAN untuk membawa mereka ke jalan yang benar, kerajaan utara langsung tidak ada seorang pun raja yang takut akan TUHAN. Kesemua mereka sangat jahat – membawa ramai orang jauh daripada TUHAN dan memimpin orang untuk menyembah berhala. Oleh kerana kerajaan utara agak makmur dan kukuh, mereka merasakan bahawa mereka tidak memerlukan TUHAN lagi! (Bukankah ini seperti Malaysia sebelum banyak peristiwa dahsyat yang berlaku kepada kita?).

Maka TUHAN memanggil Hosea untuk memberitakan perkhabaran-Nya kepada kerajaan utara melalui enam raja-raja terakhir yang memerintah sehinggalah seluruh kerajaan Israel jatuh ke tangan kerajaan Asyur. Perkhabaran TUHAN adalah mudah sekali: Umat-Nya Israel sangat tidak setia kepada-Nya kerana telah melakukan "penzinaan" melalui penyembahan berhala.

Tahukah kamu bagaimana TUHAN ingin menyampaikan isi hati-Nya kepada orang Israel yang tidak setia dan degil ini? Dia berfirman kepada nabi Hosea, "Kahwinlah dengan seorang perempuan yang suka pelacur; dan anak-anakmu juga akan menjadi seperti dia. Umat-Ku sama seperti isterimu itu; mereka tidak setia kepada-Ku dan telah meninggalkan Aku" (Hosea 1:2, BM). Wow! Bayangkan kamu mendengar firman seperti ini semasa kamu sedang bersuka-suka melayani internet! Sangat diluar jangkaan perintah TUHAN kepada Hosea!

TUHAN ingin menyampaikan perkhabaran kepada orang Israel dengan cara yang sangat mengejutkan sekali (Ini barulah, 'Dahsyat luar biasa!'). Pada masa dulu, kehidupan seorang nabi seringkali diperhatikan oleh orang ramai – mereka ingin mendengar perkhabaran daripada TUHAN, walaupun mereka selalunya akan menolok perkhabaran itu sekiranya mereka tidak senang dengan isi kandungannya. Jadi, bayangkanlah reaksi mereka apabila mereka melihat Hosea, seorang nabi pergi ke tempat pelacuran dan membawa Gomer, seorang pelacur ke gereja (sebagai contoh) dan berkahwin dengannya. Ini bukanlah artis sensasi yang berkahwin, ini ialah seorang nabi berkahwin dengan pelacur!

Tidak lama kemudian Gomer mengandung dan melahirkan tiga orang anak. Kita tidak pasti samada anak-anak itu ialah dari Hosea atau tidak, namun yang pasti walaupun Hosea berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik dan setia, Gomer, seorang pelacur yang tegar, telah lari bersama-sama dengan kekasihnya meninggalkan Hosea. Ini bukan drama Korea atau cerita cinta di TV3, ini ialah kisah cinta yang benar berlaku kepada TUHAN dan Hosea!

Ceritanya tidak berakhir begitu sahaja, TUHAN sekali lagi berfirman kepada Hosea untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita manusia, Dia berkata, "Pergilah lagi dan cintailah seorang wanita yang suka berzina. Kasihilah dia seperti Aku mengasihi orang Israel, meskipun mereka telah meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain, serta suka mempersembahkan kuih kismis kepada berhala" (Hosea 3:1, BM). Jadi, Hosea membayar wang untuk mendapatkan Gomer semula, mendisiplinkan dia, mengasihi dia seperti sediakala, dan menjaga dia dengan penuh kasih sayang (untuk mengetahui kisah selanjutnya, bacalah kitab buku Hosea dalam Alkitab Perjanjian Lama).

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Secara ringkas: TUHAN sangat mengasihi umat-Nya – orang Kristian yang menjadi umat-Nya melalui Yesus Kristus – dan walaupun kita melakukan kesilapan dan jatuh kedalam dosa, Dia ingin kita kembali kepada-Nya. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memberikan kita peluang untuk datang kepada-Nya semula. Persoalannya, setelah membaca tentang pelanggaran dosa umat-Nya dan kisah cinta TUHAN kita, apakah respon kamu kepada kasih-kurnia-Nya?

Alkitab, sebuah buku yang bosan? No way bro!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Try Commending Others

Posted: 05 Aug 2014 08:30 PM PDT

I read a story, a great story it is: an old gentleman used to stop by at an antique shop to sell furniture. One day after he left, the antique dealer's wife said she wished she had told him how much she enjoyed his visits. The husband said, "Next time let's tell him so." The following summer a young woman came in and introduced herself as the daughter of the old gentleman. Her father, she said, had died. Then the wife told her about the conversation she and her husband had after the father's last visit.

The young woman's eyes filled with tears. "Oh, how much good that would have done for my father," she cried. "He was a man who needed to be reassured that he was liked." "Since that day," the shopkeeper said later, "whenever I think something particularly nice about a person, I tell him. I might never get another chance."

What a story! Let us make it a habit to find something in others that we can commend on. "There are some great people who make others feel small," writes G.K. Chesterton. "But there are other great people who make others feel great." Let us be humble and yet be great at making people feel appreciated and liked. Let us give more praise to others. Let us never tired of commend others when we see the good things that they have done because we might never get another chance again.

"I will speak evil of no man…

and speak all the good I know of everybody" (Benjamin Franklin)

God helps us. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Athenagoras of Athens on the Christian God

Posted: 05 Aug 2014 08:20 PM PDT

In this defense of the Christian faith against pagan criticisms, written in Greek around the year 177 and addressed to the Roman emperors Marcus Aurelius Antonius and Lucius Aurelius Commodus, Athenagoras sets outs the main features of the gospel in a lucid and reasoned manner. The early Christians were accused of atheism on account of their refusal to worship the emperor. In this extract, in which Athenagoras explains what Christians believe about God, important anticipations of later thinking of the Trinity can be detected. The work is known by various names, including Apologia, Legatio and Supplicatio pro Christianis. In excerpted of his writing he wrote,

"So we are not atheists, in that we acknowledge one God, who is uncreated, eternal, invisible, impassible, incomprehensible, and without limit. He is apprehended only by the intellect and the mind, and is surrounded by light, beauty, spirit, and indescribable power. The universe was created and ordered, and is presently sustained, through his Logos (that is, Jesus Christ)… For we acknowledge also a "Son of God." Nobody should think it ridiculous that God should have a Son. Although the pagan poets, in their frictions, represent the gods as being no better than human beings, we do not think in the same way as they do concerning either God the Father or God the Son. For the Son of God is the Logos of the Father, both in thought and in reality. It was through his action, and after his pattern, that all things were made, in that the Father and the Son are one…

[The Son] is the first creation of the Father – not meaning that he was brought into existence, in that, from the beginning, God, who is the eternal mind (nous), had the Logos within himself, being eternally of the character of the Logos (logikos). Rather, it is meant that he came forth to be the pattern and motivating power of all physical things… We affirm that the Holy Spirit, who was active in the prophets, is an effluence of God, who flows from him and returns to him, like a beam of the sun."

[Source: Apologia, X, 1-4; in Athenagoras: Legatio and De Resurrectionem ed. W. R. Schoedel (Oxford: Clarendon Press, 1972), pp. 20-2.]

"I [Jesus Christ] and my Father are one" (John 10:30)

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips
Share this Post :

0 comments:

Post a Comment

“AKULAH KEBANGKITAN DAN HIDUP” 1 Korintus 6:12 1 Korintus 8:3 2014 ABRAHAM ABRAHAM: Membangun Mezbah Abram absalom Agama Tidak Menyelamatkan Agnes Monica AGU ROHANI KRISTEN AJARKU BERDIAM Alkitab Allah allah anak allah bapa Allah Peduli Allah Taala Allah Yang Setia Amsal 11:27 Anak Domba ANAK SEKOLAH MINGGU Anniversary Are We Prepared asmirandah Asmirandah Zantman Atas Dosa Awesome God ayub bagi tuhan bangsa isreal Bapa Selidiki Hatiku Baptisan Batasan Belajar berbuat baik Berdoa Berdoalah ‪BERHASIL‬ BERHENTI MEMBATASI IMAN ANDA berita baik Berita Injil Berkabung Berkat dan Undian Berlari Padamu berserta lirik lagu berusahalah mendapatkannya Betapa Hatiku Boy Sopranos carilah perdamaian Christmas Song Cinta-Ku Cintamu Damai BersamaMu Dampak Kekosongan dan yang terpenting DARI TERBIT MATAHARI Darlene Zschech daud Di Setiap Nafasku dikasihi yesus doa harian kristian Doa Mengubah Segala Sesuatu doaku doktrin Domba Domba Allah dosa Dosa Percabulan Dosa Serakah efesus 6:1-3 embun faith firman Firman‬ Tuhan gerija tuhan Get Our Hands Dirty GMB GNF good friday GoodNews Fellowship GoodNews Fellowship Matang goodnews green height GoodNews2us Green Height Grezia hakim segala bangsa hamba rokok Hanya Yesus Juruselamat Harapan Bangsa Harapan Bangsa Lyric Hargai harta Hidup How great is our GOD Hubungan hubungan keluarga ia dikenal oleh Allah Iman iman petrus agung Indah oh Indah Injil Iraq Isa Almasih Jaclyn Victor Jadikan Aku Indah jalan yang lurus janda JANGAN BERKOMPROMI Jangan Pernah Bersedih Jangan sombong jason jauhilah yang jahat Jeffry Tjandra Jesus JIKALAU BUKAN TUHAN SIA-SIALAH USAHA KITA Jodoh Impian John 3:16 jujur jumaat agung Kagumi KARENA TAK PERCAYA Kasih Allah Kasih SetiaM Kasih Tuhan Kasih Yesus Kasihilah sesama manusia Kasihilah Tuhan Allahmu Kau Saja Kaulah Harapan kayu salib kebenaran Kegagalan kehidupan keilahian Yesus Kejadian 2:18 Keluaran 14: 16 KEMARAHAN Kemenangan KESAKSIAN Keselamatan KETIKA DOSA DIBERESKAN Khotbah Khotbah Pastor Kingdom of God Kisah Dua Lelaki kisah lucu kristian Kisah Penjual Minuman Kisah Teladan Kisah Tiga Pokok ‎Kitab‬ Suci Krismas kristen kristian Kristus kuasa doa kumenyembah kutetap setia Kutukan Setan Lagu Hari Natal lagu rohani Lagu Rohani Kristen Lagu Rohani Terbaru Lagu Rohani Terbaru 2014 - PertolonganMu - Citra lagu Yesus Lahir LAPAR DAN HAUS AKAN TUHAN LAZARUS Lebih Dalam Lirik Lagu Rohani Kristen LYDIA KANDOU Marah Menimbulkan Celaka Markus 16 masalah berat matius Matius 22:37-40 mazmur 1:1 - 1:3 mazmur 23 Mazmur 34:15 Membangun Mezbah MENANGGAPI MUSIBAH Mengejar Hadirmu - GMB Mengembangkan Talenta MENGENAL YESUS Menggigil Kedinginan Menjadi Bijak Menjadi‬ orang ‎menurut‬ prinsip ‪Tuhan‬ Merawat Hubungan Mike Mohede Miliki miskin mujizat tuhan mujizat tuhan kasih tuhan Mujuzat Itu Nyata Nabi Musa NAFSU Nama Yesus Natal Nikita oleh Isa Almasih orang yang diberkati orang yang mengasihi Allah Oxygen True Worshippers Youth Palestin dan Israel Pastor Jeffrey Rahmat Pastor Luke Pdt. Gilbert Lumoindong Pencuri Kue Penganiayaan Kristian perintah Perkahwinan perkara doa Perkongsian Perkongsian Kebaktian Pertolongan petrus agung pilihan yang salah Puji Puji dan Sembah Putus Hubungan roh kudus Roma 15:13 Roma 5:1-5 SAAT ANDA MERAGUKAN KASIHNYA SAATNYA PEREMPUAN BERPERAN salah fokus Sampai Sesuatu Terjadi Santa Claus Sarah Sarai Sari Simorangkir Sdri Maria Selamat hari Krismas Selamat hari natal Sembah semua bangsa Semua Orang Pasti Menangis sentuh hatiku September 25 2015 September 7 SERI UTUSAN TUHAN Seru Nama Yesus sidney mohede Sikap Rendah Hati Single Forever Stefano Sanjaya stop worrying Sudah Selesai Sukacita Surga syukur Taurat Musa Telinga Ibu Tepat pada Waktu terima kasih kepada Yesus Penyelamat saya Terlalu Besar Teruskan Berdoa The Power of Your Love Tiba Saatnya Tinggal Dalam Firman Titus 2:7 True Worshippers True Worshippers Youth tuhan Tuhan Dengar Doaku Tuhan menjadi Manusia Tuhan Pasti Sanggup Tuhan Tidak Dapat Mencegah Manusia Untuk Berbuat Jahat Tuhan Yesus Turun dan Naik untuk orang lain UTUSAN TUHAN Vania Larissa Vanissa Larissa Wahyu YANG ADA DI ALKITAB Yang Lumpuh disembuhkan yang terutama Yeremia 17:5 Yesaya 1:18 Yesaya 27:3 Yesus Yesus JuruselamatKu YESUS KEKUATANKU YESUS KRISTUS Yesus Tuhan Yohanes