Suatu hari ada seorang lelaki yang menganggap Krismas hanya sebagai sebuah kepercayaan karut belaka. Dia bukanlah orang yang jahat. Dia adalah lelaki yang baik hati dan tulus, setia kepada keluarganya dan baikkelakuannya terhadap orang lain. Tetapi ia tidak percaya pada kelahiran Kristus yang diceritakan setiap gereja di hari Krismas. Dia tidak percaya.
"Saya benar-benar minta maaf jika saya membuat kamu sedih," kata lelaki itu kepada isterinya yang rajin pergi ke gereja. "Tapi saya tidak dapat memahami mengapa Tuhan mahu menjadi manusia. Itu adalah perkara yang tidak masuk akal bagi saya"
Pada malam Krismas, isteri dan anak-anaknya pergi menghadiri kebaktian tengah malam di gereja. Lelaki itu menolak untuk menemani mereka. "Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik," jawabnya. "Lebih baik saya tinggal di rumah. Saya akan menunggu kamu semua sehingga pulang."
Tak lama selepas keluarganya berangkat, salji mula turun. Dia melihat keluar tingkap dan melihat butiran-butiran salji itu jatuh. Lalu dia kembali ke kerusinya di samping perapian dan mulai membaca surat khabar. Beberapa minit kemudian, dia dikejutkan oleh suara ketukan. Bunyi itu berulang sampai tiga kali. Dia berfikir ada seseorang yang sedang melemparkan bola salji ke arah jendela rumahnya. Kemudian dia pergi ke pintu masuk untuk memeriksa, ia mendapati sekumpulan burung terbaring tak berdaya di salji yang sejuk. Burung-burung itu telah terperangkap dalam ribut salji dan mereka melanggar kaca tingkap ketika hendak mencari tempat berteduh.
Saya tidak boleh membiarkan makhluk kecil itu kedinginan di sini, fikir lelaki itu. Tapi bagaimana saya boleh menolong mereka? Kemudian ia teringat akan kandang tempat kuda anak-anaknya. Kandang itu pasti dapat memberikan tempat berlindung yang hangat buat burung-burung ini. Dengan segera lelaki itu mengambil jaketnya dan pergi ke kandang kuda tersebut. Ia membuka pintunya lebar-lebar dan menyalakan lampunya. Tapi burung-burung itu tidak masuk ke dalam. Makanan pasti dapat membawa mereka masuk, dia berfikir. Jadi ia berlari kembali ke rumahnya untuk mengambil serbuk roti dan menebarkannya ke salji untuk membuat jejak ke arah kandang. Tapi ia sungguh terkejut. Burung-burung itu tidak menghiraukan serbuk roti tadi dan terus melompat-lompat kedinginan di atas salji.
"Mereka menganggap saya sebagai makhluk yang aneh dan menakutkan," kata lelaki itu pada dirinya sendiri, "dan saya tidak boleh memikirkan cara lain untuk memberitahu bahawa mereka boleh mempercayai saya. Kalau saja saya boleh menjadi seekor burung selama beberapa minit, mungkin saya boleh membawa mereka ke tempat yang aman. "
Pada saat itu juga, loceng gereja berbunyi. Lelaki itu berdiri terpegun selama beberapa waktu, mendengar bunyi loceng itu menyambut Krismas yang indah. Kemudian dia terjatuh pada lututnya dan berkata, "Sekarang saya faham," bisiknya dengan terisak. "Sekarang saya faham mengapa TUHAN mahu menjadi manusia."
0 comments:
Post a Comment