Wednesday, 27 November 2013

Posted by Admin GoodNews2Us | Posts under :

Taufan Haiyan dan Cadangan yang Boleh Diambil oleh Persatuan Pelajar Kristian


Taufan Haiyan dan Cadangan yang Boleh Diambil oleh Persatuan Pelajar Kristian

Posted: 25 Nov 2013 10:41 PM PST

Banyak perkara yang memerlukan perhatian berlaku disekeliling kita. Persoalannya bukanlah apa yang berlaku (kebanyakkan kita tahu apa yang berlaku di dunia ini melalui TV, radio, internet dan sebagainya) tetapi apakah respon dan tindakkan kita sebagai orang Kristian terhadap apa yang berlaku.

Fakta Penting tentang Taufan Haiyan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang ribut Taufan Haiyan (juga dikenali sebagai 'Taufan Yolanda') di Filipina pada awal bulan november 2013 yang sangat dahsyat dalam sejarah Filipina. Kelajuan angin dikatakan bertiup 235 batu sejam. Kekuatan taufan dikategorikan sebagai yang tertinggi; kategori 5. Menurut Ketua Polis Wilayah Leyte, Elmer Soria berkata:

"Kami sudah mengadakan mesyuarat malam tadi dengan gabenor dan berdasarkan anggaran kerajaan, pada mulanya terdapat 10,000 mangsa terbunuh. Kira-kira 70 hingga 80 peratus rumah dan struktur bangunan di sepanjang jalan musnah akibat taufan."

Seramai lebih kurang 12.9 juta orang menjadi mangsa kesan taufan ini (13% daripada penduduk Filipina). 1.9 juta dianggarkan hilang tempat tinggal; 2.5 juta memerlukan makanan secukupnya; hampir 600 ribu orang lagi yang masih tinggal di luar pusat pemindahan sementara. Lebih daripada 280 ribu rumah telah musnah dan rosak teruk. Semua ini mengakibatkan ramai penduduk Filipina kekurangan bekalan air yang bersih, tiada tempat tinggal, memerlukan rawatan dan pencegahan daripada penyakit berjangkit, makanan tidak cukup, kebersihan diri terjejas, kekurangan bekalan keperluan seharian, dan sebagainya.

Fikirkan tentang anak-anak kecil, keluarga yang miskin, mangsa yang kehilangan sanak saudara; Apakah tindakkan kita sebagai orang Kristian terhadap bencana ini? Janganlah kita bersikap tidak sensitif terhadap orang lain dengan mengatakan bahawa taufan ini ialah penghakiman dari TUHAN. Jangan menghakimi orang atau negara lain – biarlah TUHAN sendiri yang melakukan penghakiman itu. Janganlah kita berfikiran tidak ambil tahu, pedulilah tentang orang lain – Bagaimana kalau perkara ini menimpa diri kamu? Janganlah bertindak bodoh di hadapan TUHAN dengan tidak menjadi pelaku Firman-Nya – Bukankah kita mengenal TUHAN Allah yang hidup?

Cadangan Tindakkan PPK (atau CF) terhadap Bencana Ini

Sebagai seorang pekerja sepenuh masa melayani pelajar-pelajar Kristian di kolej dan universiti, saya berpendapat bahawa Persatuan Pelajar Kristian (PPK atau CF, Christian Fellowship) mempunyai potensi yang besar untuk melakukan sesuatu yang berbeza daripada aktiviti-aktiviti kebiasaan (tidak bosankah kamu selalu mengadakan konsert rohani, buat album, sukaneka, makan-makan, malam puji syukur? Kadang-kadang buatlah sesuatu yang boleh dikongsikan dengan orang yang belum mengenal TUHAN).

Dengan memberi pertolongan kepada mangsa Taufan Haiyan, PPK bukan sahaja dapat memberi impak yang positive kepada pelajar Kristian yang lain, malah ia juga memberi mesej bahawa kita tidak syok sendiri tetapi peduli akan keperluan orang lain. Apabila pelajar bukan Kristian "melihat perbuatanmu yang baik" mereka akan "memuliakan Bapamu yang di syurga" (Matius 5:16). PPK seharusnya menjadi "garam" dan "terang" di kolej dan universiti tempat mereka belajar!

Disini ada beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan di dalam aktiviti PPK kamu:

1) Mengutip Pemberian untuk Tabung Taufan Haiyan

Pemberian wang ringgit adalah lebih efektif berbanding dengan pemberian yang lain. Wang lebih mudah untuk dipindahkan berbanding dengan pakaian atau kasut. Wang boleh digunakan untuk membeli keperluan mereka berdasarkan keadaan. Kemudian, salurkan tabung itu ke organisasi-organisasi atau pertubuhan-pertubuhan yang boleh dipercayai seperti:

§  Malaysian Red Crescent (atau Philippine Red Cross)

§  UNICEF

§  Word Food Program (WFP)

§  Tabung Bencana Taufan Haiyan Media Prima (NSTP)

§  atau melalui FES Malaysia (disalurkan terus kepada (IVCF) Inter-Varsity Christian Fellowship Philippines) Hubungi saya jika ingin mengetahui secara lanjut.

2) Berdoa untuk Mangsa Taufan

Gunakan masa pelayanan dan persekutuan doa untuk berdoa bersama bagi negara Filipina khususnya dan mangsa ribut taufan khasnya. Berdoa juga untuk rakan pelajar dari Filipina dan serta keluarga mereka. Lantik seorang untuk menulis perkara doa setiap minggu (mungkin berterusan dalam 2-3 minggu).

3) Memberi Kesedaran tentang Keadaan di Filipina

Menayangkan video atau gambar-gambar yang diambil selepas kejadian. Adalah lebih baik jika PPK dapat mencari video testimoni dari mangsa-mangsa bencana dan/atau menyuruh rakan pelajar yang terbeban dengan kejadian itu untuk bersaksi kepada semua orang untuk memberi cabaran dan galakkan kepada yang lain.

4) Melakukan Kerja Amal dengan Menjual Barang-Barang untuk Menggalakkan Pelajar-pelajar di luar PPK Terlibat Sama dalam Kempen Ini

Jual baju, kuih-muih, cenderahati, buku-buku dan sebagainya sekali seminggu atau semasa pelayanan. Jika ada karnival atau hari sukan atau semasa majlis graduasi atau hari fakulti dan persatuan – gunakan peluang ini sebaiknya!

5) Mengadakan Konsert Rohani Khusus untuk Berdoa dan Mengingati Mangsa Taufan

Jika PPK masih juga mahu mengadakan konsert rohani (atau KKR), apakata kali ini PPK melakukan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan seperti mencipta lagu untuk mangsa-mangsa taufan, melakukan sketsa, membaca Alkitab yang berkaitan dengan janji TUHAN kepada orang yang dalam kesusuhan, menyanyi sambil berdoa bersama-sama, dan sebagainya.

Lakukan semuanya untuk kemuliaan Bapa yang disyurga!

TUHAN Bapa, Anak dan Roh Kudus menyertai PPK kamu semua. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips
Share this Post :

0 comments:

Post a Comment

“AKULAH KEBANGKITAN DAN HIDUP” 1 Korintus 6:12 1 Korintus 8:3 2014 ABRAHAM ABRAHAM: Membangun Mezbah Abram absalom Agama Tidak Menyelamatkan Agnes Monica AGU ROHANI KRISTEN AJARKU BERDIAM Alkitab Allah allah anak allah bapa Allah Peduli Allah Taala Allah Yang Setia Amsal 11:27 Anak Domba ANAK SEKOLAH MINGGU Anniversary Are We Prepared asmirandah Asmirandah Zantman Atas Dosa Awesome God ayub bagi tuhan bangsa isreal Bapa Selidiki Hatiku Baptisan Batasan Belajar berbuat baik Berdoa Berdoalah ‪BERHASIL‬ BERHENTI MEMBATASI IMAN ANDA berita baik Berita Injil Berkabung Berkat dan Undian Berlari Padamu berserta lirik lagu berusahalah mendapatkannya Betapa Hatiku Boy Sopranos carilah perdamaian Christmas Song Cinta-Ku Cintamu Damai BersamaMu Dampak Kekosongan dan yang terpenting DARI TERBIT MATAHARI Darlene Zschech daud Di Setiap Nafasku dikasihi yesus doa harian kristian Doa Mengubah Segala Sesuatu doaku doktrin Domba Domba Allah dosa Dosa Percabulan Dosa Serakah efesus 6:1-3 embun faith firman Firman‬ Tuhan gerija tuhan Get Our Hands Dirty GMB GNF good friday GoodNews Fellowship GoodNews Fellowship Matang goodnews green height GoodNews2us Green Height Grezia hakim segala bangsa hamba rokok Hanya Yesus Juruselamat Harapan Bangsa Harapan Bangsa Lyric Hargai harta Hidup How great is our GOD Hubungan hubungan keluarga ia dikenal oleh Allah Iman iman petrus agung Indah oh Indah Injil Iraq Isa Almasih Jaclyn Victor Jadikan Aku Indah jalan yang lurus janda JANGAN BERKOMPROMI Jangan Pernah Bersedih Jangan sombong jason jauhilah yang jahat Jeffry Tjandra Jesus JIKALAU BUKAN TUHAN SIA-SIALAH USAHA KITA Jodoh Impian John 3:16 jujur jumaat agung Kagumi KARENA TAK PERCAYA Kasih Allah Kasih SetiaM Kasih Tuhan Kasih Yesus Kasihilah sesama manusia Kasihilah Tuhan Allahmu Kau Saja Kaulah Harapan kayu salib kebenaran Kegagalan kehidupan keilahian Yesus Kejadian 2:18 Keluaran 14: 16 KEMARAHAN Kemenangan KESAKSIAN Keselamatan KETIKA DOSA DIBERESKAN Khotbah Khotbah Pastor Kingdom of God Kisah Dua Lelaki kisah lucu kristian Kisah Penjual Minuman Kisah Teladan Kisah Tiga Pokok ‎Kitab‬ Suci Krismas kristen kristian Kristus kuasa doa kumenyembah kutetap setia Kutukan Setan Lagu Hari Natal lagu rohani Lagu Rohani Kristen Lagu Rohani Terbaru Lagu Rohani Terbaru 2014 - PertolonganMu - Citra lagu Yesus Lahir LAPAR DAN HAUS AKAN TUHAN LAZARUS Lebih Dalam Lirik Lagu Rohani Kristen LYDIA KANDOU Marah Menimbulkan Celaka Markus 16 masalah berat matius Matius 22:37-40 mazmur 1:1 - 1:3 mazmur 23 Mazmur 34:15 Membangun Mezbah MENANGGAPI MUSIBAH Mengejar Hadirmu - GMB Mengembangkan Talenta MENGENAL YESUS Menggigil Kedinginan Menjadi Bijak Menjadi‬ orang ‎menurut‬ prinsip ‪Tuhan‬ Merawat Hubungan Mike Mohede Miliki miskin mujizat tuhan mujizat tuhan kasih tuhan Mujuzat Itu Nyata Nabi Musa NAFSU Nama Yesus Natal Nikita oleh Isa Almasih orang yang diberkati orang yang mengasihi Allah Oxygen True Worshippers Youth Palestin dan Israel Pastor Jeffrey Rahmat Pastor Luke Pdt. Gilbert Lumoindong Pencuri Kue Penganiayaan Kristian perintah Perkahwinan perkara doa Perkongsian Perkongsian Kebaktian Pertolongan petrus agung pilihan yang salah Puji Puji dan Sembah Putus Hubungan roh kudus Roma 15:13 Roma 5:1-5 SAAT ANDA MERAGUKAN KASIHNYA SAATNYA PEREMPUAN BERPERAN salah fokus Sampai Sesuatu Terjadi Santa Claus Sarah Sarai Sari Simorangkir Sdri Maria Selamat hari Krismas Selamat hari natal Sembah semua bangsa Semua Orang Pasti Menangis sentuh hatiku September 25 2015 September 7 SERI UTUSAN TUHAN Seru Nama Yesus sidney mohede Sikap Rendah Hati Single Forever Stefano Sanjaya stop worrying Sudah Selesai Sukacita Surga syukur Taurat Musa Telinga Ibu Tepat pada Waktu terima kasih kepada Yesus Penyelamat saya Terlalu Besar Teruskan Berdoa The Power of Your Love Tiba Saatnya Tinggal Dalam Firman Titus 2:7 True Worshippers True Worshippers Youth tuhan Tuhan Dengar Doaku Tuhan menjadi Manusia Tuhan Pasti Sanggup Tuhan Tidak Dapat Mencegah Manusia Untuk Berbuat Jahat Tuhan Yesus Turun dan Naik untuk orang lain UTUSAN TUHAN Vania Larissa Vanissa Larissa Wahyu YANG ADA DI ALKITAB Yang Lumpuh disembuhkan yang terutama Yeremia 17:5 Yesaya 1:18 Yesaya 27:3 Yesus Yesus JuruselamatKu YESUS KEKUATANKU YESUS KRISTUS Yesus Tuhan Yohanes