8 Kebaikan Apabila Kamu Mengawal Penggunaan Media Sosial |
8 Kebaikan Apabila Kamu Mengawal Penggunaan Media Sosial Posted: 28 May 2014 09:34 AM PDT Ramai orang beranggapan bahawa dunia mereka akan hancur jika mereka tidak menggunakan media sosialwalaupun hanya setengah hari. Media social seperti Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan sebagainya, banyak mengambil masa kita dan ada yang percaya bahawa semua ini sangat penting. Hey, dunia tidak akan berakhir jika kita tidak menggunakan laman media sosial! Malah, banyak kebaikkannya jika kita tidak atau boleh mengawal penggunaannya. Di sini saya mendapati sekurang-kurangnya ada 8 kebaikkan: 1) Kamu boleh lebih fokus tentang kehidupan kamu berbanding dengan kehidupan orang lain. Apabila kita tidak 'menjaga tepi kain' orang – tentang kehidupan dan pencapaian orang lain, contohnya – dan lebih fokus tentang kehidupan peribadi kita sendiri, kita akan lebih mudah menerima baik buruk diri sendiri (dan menyerahkannya kepada Tuhan) tanpa perlu membuat perbandingan dengan pencapaian orang lain. 2) Kamu boleh lebih fokus untuk berinteraksi dengan dunia realiti di sekeliling kamu. Apabila kita kurang atau tidak seringkali memeriksa telefon pintar untuk mengetahui perkembangan di dunia digital, kita akan lebih fokus untuk bercakap dengan orang di sekeliling kita. Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain secara bersemuka, banyak perkara yang kita dapat belajar (secara mendalam) berbanding dengan perkara-perkara yang dikongsikan di dunia media sosial. 3) Kamu tidak perlu risau samada ada orang telah memberi komen atau respon di Twitter atau menekan butang "like" di laman Facebook kamu. [Tidak perlu saya huraikan] 4) Kamu tidak perlu berinteraksi dengan orang yang kamu tidak suka. Oleh kerana kita pernah bersekolah atau pernah berkawan dengan mereka dahulu, ini tidak bermaksud kita masih lagi ada persamaan dengan mereka. Atau mungkin kita sudah berubah sekarang sehinggakan kita tidak lagi sesuai untuk bergaul dengan mereka. 5) Kamu tidak perlu lagi merasa janggal atau sakit hati dengan orang yang selalu meluahkan perasaan dan menunjukkan gambar yang tidak sesuai di laman media social. Kadang-kadang perkara seperti ini tidak perlu kita tahu... merosakkan jiwa dan minda sahaja! 6) Banyak perkara dan kerja yang kamu boleh siap. Sentiasa memeriksa laman media sosial waktu pejabat atau semasa melakukan kerja banyak mengambil masa kita. Sebaliknya, apabila kita tidak atau mengurangkan masa untuk media sosial, banyak kerja atau perkara dapat dilakukan. 7) Kamu akan memiliki hidup kamu kembali! Apabila kita tidak membenarkan laman media social untuk mengatur dan mengawal hidup kita, kita akan beroleh hidup. 'Hidup' di sini bermaksud fikiran dan hati kita. Tidak perlulah kita khuatir tentang apa yang akan dikongsikan oleh orang lain di laman media sosial. Kita sekarang mempunyai lebih masa dan fokus untuk mendengar dan berbicara dengan orang lain di sekeliling kita. Kita akan menpunyai hidup yang aktif dan bukannya pasif menunggu 'hidup' datang kepada kita melalui laman media sosial. 8) Kamu ada masa untuk berdoa dan membaca Firman Allah. Kurang berdoa dan membaca buku terutamanya – Alkitab –adalah satu masalah yang besar terjadi dikalangan orang muda sekarang kerana banyak masa terluang digunakan untuk media sosial (ada membaca, tetapi membaca bahan yang tidak berfaedah untuk kehidupan orang Kristian). Apa yang sangat diperlukan sekarang ialah orang Kristian yang tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu yang remeh-temeh dan mula melihat dan melakukan sesuatu yang boleh memberkati orang lain di sekeliling kita. Yesus berkata, "Kasihilah Allah" dan "sesamamu", "utamakan dahulu kerajaan Allah" dan "merenung Firman-Nya siang dan malam" (bukan laman media social). THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. |
You are subscribed to email updates from Word Speaks Today To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment