Sunday 22 June 2014

Kenapa Kebanyakkan Orang Tidak Tahu Perkara Sebenar: "Awak dari Sarawak ker Malaysia?"


Kenapa Kebanyakkan Orang Tidak Tahu Perkara Sebenar: "Awak dari Sarawak ker Malaysia?"

Posted: 12 Jun 2014 08:12 AM PDT

Banyak cerita saya dengar dari rakan-rakan dan pelajar-pelajar dari Sarawak yang bekerja atau melawat atau belajar di Semenanjung Malaysia (malah melalui pengalaman saya sendiri) mengenai hal tentang dimana kami berasal. Ada yang secara sengaja bertanya, "Kamu tinggal di atas pokok ka?" Ada yang menyindir, "Kamu makan apa disana?" Ada yang langsung tidak sedar akan kebodohan mereka dengan memberi ucapan: "Selamat datang ke Malaysia." Kadang-kadang saya marah dengan kenyataan 'bodoh' sebegitu, kadang-kadang sedih juga dengan betapa ceteknya ilmu pengetahuan sesetengah orang Malaysia. Namun begitu, golongan ini hanya terdiri daripada segelintir  rakyat sahaja (saya berharap).

Kebenaran: Malaysia ialah negara dan Sarawak ialah negeri – Sarawak dan Semenanjung Malaysia membentuk Malaysia. Sarawak dalam Malaysia (bukan Sarawak dan Malaysia). Katolik dan Anglican ialah makzab atau denominasi dan Kristian ialah agama. Muslim ialah gelaran bagi penganut Islam, Islam ialah agama, Melayu ialah kaum. Bukan semua orang Melayu ialah Muslim, dan Muslim bukan hanya terdiri daripada orang Melayu sahaja. Orang Cina dan India yang mempunyai kad pengenalan asal ialah warganegara Malaysia dan mereka tidak boleh diusir ke China atau India kerana ini ialah tempat lahir mereka. Iban, Melanau, Orang Asli, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya ialah kaum; Malaysia ialah kewarganegaraan. Bangsa kita ialah bangsa Malaysia!

Banyak lagi hal yang saya ingin kongsikan disini. Contohnya, tentang isu 'Holy Water' baru-baru ini. Air biasa yang digunakan sebagai simbol upacara agama dituduh mengandungi minyak babi dan sebagainya. Walaupun ia berasal daripada tradisi gereja dan bukannya ajaran Alkitab, ianya tetap bukan air jampi untuk menjadikan penganut Islam sebagai Kristian. Ini merupakan tuduhan yang tidak berasas dan berakal! (Fikir juga tentang isu 'Cadbury' baru-baru ini dan isu 'Allah', 'Valentine' dan 'Starbuck' dahulu).

Semua ini membuat saya bertanya: Kenapa kebanyakkan orang tidak tahu tentang perkara asas seperti ini? Saya berpendapat ada tiga sebab utama yang saya ingin kaitkan juga dengan penerimaan ajaran Kristian di Malaysia: 1) Kebanyakkan orang tidak tahu kerana mereka tidak diberi ajaran yang benar atau pendidikkan yang secukupnya. Kurangnya pengetahuan tentang sesuatu perkara menyebabkan ramai orang suka membuat tanggapan dan mudah percaya kepada apa sahaja maklumat yang diberikan kepada mereka. Jika ada ustaz mengatakan bahawa agama Kristian ialah agama yang berasal dari negara barat (padahal ianya tidak benar) ramai orang akan percaya tanpa usul periksa kerana mereka tidak diberikan maklumat yang sahih dan secukupnya (Kadang-kadang kebenaran sengaja tidak diberitahu supaya orang percaya tanpa berfikir).

2) Kebanyakkan orang tidak tahu kerana mereka tidak memeriksa maklumat dengan fakta dan mengambil inisiatif untuk mengkaji sesuatu perkara itu. Kejadian seperti penyebaran maklumat melalui laman sosial contohnya, telah mengakibatkan kita marah atau membuat tuduhan dengan membuta tuli. Pernahkah kamu membaca dan percaya atau marah dan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara tanpa usul periksa dahulu yang akhirnya (selepas beberapa hari atau minggu kemudian) mendapati bahawa ianya tidak benar? Kejadian seperti isu 'Cadbury' dan 'Holy Water' merupakan contoh jelas yang baru-baru ini berlaku. Apabila orang Kristian yang benar berkata bahawa "Yesus lahir ke dunia, menjalani hidup tanpa berbuat dosa, telah mati di kayu salib bagi dosa manusia, bangkit semula selepas tiga hari dan barangsiapa yang percaya bahawa Dia ialah Tuhan dan menerima Dia sebagai Juruselamat, mereka akan diselamatkan daripada hukum dosa dan Roh Kudus akan tinggal di dalam mereka" pernahkah Berita Baik ini diselidiki dengan mendalam lagi?

Akhirnya, 3) Kebanyakkan orang tidak tahu kerana mereka memang tidak mahu tahu perkara yang sebenar. Ini kes yang paling berat! Mereka tidak mahu tahu samada Sarawak dalam Malaysia, samada Katolik itu makzab atau agama, samada khutbah yang didengarkan itu betul atau salah, samada ajaran Alkitab itu benar atau tidak. Mereka tidak mahu tahu kerana mereka sudah selesa dengan keadaan mereka sekarang. Ego dan harga diri lebih penting daripada kebenaran. Mereka tidak mahu tahu langsung samada dosa mereka benar-benar telah diampuni. Mereka tidak mahu tahu apa yang akan berlaku kepada mereka apabila sudah mati kelak – syurga atau neraka. Mereka bergantung kepada pekerjaan baik dan menilai kemuliaan mereka berdasarkan pemikiran diri sendiri dan bukannya dengan bersandarkan kepada kasih kurnia dan menerima dengan iman jalan menyelamatan yang diberikan oleh Tuhan melalui Yesus Kristus. Mereka tidak mahu tahu kerana mata rohani mereka telah ditutup oleh si Iblis. Mereka tidak mahu tahu kerana mereka tidak sanggup mengambil risiko apabila mengetahui kebenaran yang sebenar. Mereka tidak mahu tahu kerana... mereka tidak mahu tahu. Ini kes yang paling berat!

"Mereka" yang saya maksudkan disini ialah – kamu dan saya.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips
Share this Post :

0 comments:

Post a Comment

“AKULAH KEBANGKITAN DAN HIDUP” 1 Korintus 6:12 1 Korintus 8:3 2014 ABRAHAM ABRAHAM: Membangun Mezbah Abram absalom Agama Tidak Menyelamatkan Agnes Monica AGU ROHANI KRISTEN AJARKU BERDIAM Alkitab Allah allah anak allah bapa Allah Peduli Allah Taala Allah Yang Setia Amsal 11:27 Anak Domba ANAK SEKOLAH MINGGU Anniversary Are We Prepared asmirandah Asmirandah Zantman Atas Dosa Awesome God ayub bagi tuhan bangsa isreal Bapa Selidiki Hatiku Baptisan Batasan Belajar berbuat baik Berdoa Berdoalah ‪BERHASIL‬ BERHENTI MEMBATASI IMAN ANDA berita baik Berita Injil Berkabung Berkat dan Undian Berlari Padamu berserta lirik lagu berusahalah mendapatkannya Betapa Hatiku Boy Sopranos carilah perdamaian Christmas Song Cinta-Ku Cintamu Damai BersamaMu Dampak Kekosongan dan yang terpenting DARI TERBIT MATAHARI Darlene Zschech daud Di Setiap Nafasku dikasihi yesus doa harian kristian Doa Mengubah Segala Sesuatu doaku doktrin Domba Domba Allah dosa Dosa Percabulan Dosa Serakah efesus 6:1-3 embun faith firman Firman‬ Tuhan gerija tuhan Get Our Hands Dirty GMB GNF good friday GoodNews Fellowship GoodNews Fellowship Matang goodnews green height GoodNews2us Green Height Grezia hakim segala bangsa hamba rokok Hanya Yesus Juruselamat Harapan Bangsa Harapan Bangsa Lyric Hargai harta Hidup How great is our GOD Hubungan hubungan keluarga ia dikenal oleh Allah Iman iman petrus agung Indah oh Indah Injil Iraq Isa Almasih Jaclyn Victor Jadikan Aku Indah jalan yang lurus janda JANGAN BERKOMPROMI Jangan Pernah Bersedih Jangan sombong jason jauhilah yang jahat Jeffry Tjandra Jesus JIKALAU BUKAN TUHAN SIA-SIALAH USAHA KITA Jodoh Impian John 3:16 jujur jumaat agung Kagumi KARENA TAK PERCAYA Kasih Allah Kasih SetiaM Kasih Tuhan Kasih Yesus Kasihilah sesama manusia Kasihilah Tuhan Allahmu Kau Saja Kaulah Harapan kayu salib kebenaran Kegagalan kehidupan keilahian Yesus Kejadian 2:18 Keluaran 14: 16 KEMARAHAN Kemenangan KESAKSIAN Keselamatan KETIKA DOSA DIBERESKAN Khotbah Khotbah Pastor Kingdom of God Kisah Dua Lelaki kisah lucu kristian Kisah Penjual Minuman Kisah Teladan Kisah Tiga Pokok ‎Kitab‬ Suci Krismas kristen kristian Kristus kuasa doa kumenyembah kutetap setia Kutukan Setan Lagu Hari Natal lagu rohani Lagu Rohani Kristen Lagu Rohani Terbaru Lagu Rohani Terbaru 2014 - PertolonganMu - Citra lagu Yesus Lahir LAPAR DAN HAUS AKAN TUHAN LAZARUS Lebih Dalam Lirik Lagu Rohani Kristen LYDIA KANDOU Marah Menimbulkan Celaka Markus 16 masalah berat matius Matius 22:37-40 mazmur 1:1 - 1:3 mazmur 23 Mazmur 34:15 Membangun Mezbah MENANGGAPI MUSIBAH Mengejar Hadirmu - GMB Mengembangkan Talenta MENGENAL YESUS Menggigil Kedinginan Menjadi Bijak Menjadi‬ orang ‎menurut‬ prinsip ‪Tuhan‬ Merawat Hubungan Mike Mohede Miliki miskin mujizat tuhan mujizat tuhan kasih tuhan Mujuzat Itu Nyata Nabi Musa NAFSU Nama Yesus Natal Nikita oleh Isa Almasih orang yang diberkati orang yang mengasihi Allah Oxygen True Worshippers Youth Palestin dan Israel Pastor Jeffrey Rahmat Pastor Luke Pdt. Gilbert Lumoindong Pencuri Kue Penganiayaan Kristian perintah Perkahwinan perkara doa Perkongsian Perkongsian Kebaktian Pertolongan petrus agung pilihan yang salah Puji Puji dan Sembah Putus Hubungan roh kudus Roma 15:13 Roma 5:1-5 SAAT ANDA MERAGUKAN KASIHNYA SAATNYA PEREMPUAN BERPERAN salah fokus Sampai Sesuatu Terjadi Santa Claus Sarah Sarai Sari Simorangkir Sdri Maria Selamat hari Krismas Selamat hari natal Sembah semua bangsa Semua Orang Pasti Menangis sentuh hatiku September 25 2015 September 7 SERI UTUSAN TUHAN Seru Nama Yesus sidney mohede Sikap Rendah Hati Single Forever Stefano Sanjaya stop worrying Sudah Selesai Sukacita Surga syukur Taurat Musa Telinga Ibu Tepat pada Waktu terima kasih kepada Yesus Penyelamat saya Terlalu Besar Teruskan Berdoa The Power of Your Love Tiba Saatnya Tinggal Dalam Firman Titus 2:7 True Worshippers True Worshippers Youth tuhan Tuhan Dengar Doaku Tuhan menjadi Manusia Tuhan Pasti Sanggup Tuhan Tidak Dapat Mencegah Manusia Untuk Berbuat Jahat Tuhan Yesus Turun dan Naik untuk orang lain UTUSAN TUHAN Vania Larissa Vanissa Larissa Wahyu YANG ADA DI ALKITAB Yang Lumpuh disembuhkan yang terutama Yeremia 17:5 Yesaya 1:18 Yesaya 27:3 Yesus Yesus JuruselamatKu YESUS KEKUATANKU YESUS KRISTUS Yesus Tuhan Yohanes