Sunday, 15 December 2013

Posted by Admin GoodNews2Us | Posts under :

Cabaran untuk Misi: Pergilah! Ini ialah Tanggungjawab Kamu secara Peribadi


Cabaran untuk Misi: Pergilah! Ini ialah Tanggungjawab Kamu secara Peribadi

Posted: 14 Dec 2013 08:16 AM PST

"Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah

kepada seluruh umat manusia" (Markus 16:15, BM)

Kita hanya boleh menerima penyelamatan melalui kasih kurnia TUHAN dengan iman kita kepada Yesus Kristus sahaja – bukan melalui pekerjaan manusia. Namun begitu, ini tidak bermaksud selepas kita mendapat keselamatan kita bebas untuk melakukan apa saja. Kita sekarang mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus kepada orang lain. Ini ialah bukti atau buah Roh bahawa kita benar-benar telah mengenal TUHAN dan bersyukur atas kasih kurnia-Nya.

Walaupun TUHAN berfirman kepada Yehezkiel tentang tanggungjawab dia sebagai nabi kepada umat Israel, khususnya, TUHAN juga seakan-akan berbicara tentang tanggungjawab kita kepada setiap individu yang belum mengenal-Nya:

"Jika Aku memberitahukan bahawa seorang yang jahat akan mati, tetapi engkau tidak menyampaikan amaran-Ku kepadanya agar mengubah kelakukan supaya dia selamat, maka dia akan mati sebagai seorang berdosa, dan Aku menganggap engkau bertanggungjawab terhadap kematiannya. Tetapi jika engkau menyampaikan amaran itu kepada seorang yang jahat namun dia tetap berbuat jahat, maka dia akan mati sebagai seorang yang berdosa, tetapi engkau akan selamat." (Yehezkiel 3:18-19, BM).

Bagaimana dengan kesalahan kita jika kita tidak memberi amaran kepada pemandu lori apabila kita tahu bahawa ada gaung di hujung jalan; atau apabila kita gagal memberi amaran kepada seorang buta yang sedang berjalan menuju ke longkang yang dalam; atau melihat seorang kanak-kanak lemas tetapi tidak cuba untuk menyelamatkannya; atau kita tidak memberitahu kepada jiran bahawa rumah mereka sedang terbakar? Bukankah semua ini suatu kesalahan?

Dari segi moral dan gerak hati manusia, kita tahu bahawa kita bertanggungjawab untuk memberitakan semua amaran di atas kepada mereka yang bakal menjadi mangsa. Tanggungjawab kita sebagai anak-anak TUHAN secara individu adalah lebih lagi. Kita bukan sahaja mempunyai gerak hati dan moral, malah Roh Kudus sekarang ada bersama kita. Kita bertanggungjawab untuk menyampaikan amaran TUHAN kepada setiap orang bahawa hanya Tuhan Yesus sahaja yang boleh menyelamatkan seluruh umat manusia daripada dosa dan api neraka selama-lamanya. Hanya Tuhan Yesus sahaja "jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tiada seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui [Yesus]" (Yohanes 14:6). Ini ialah sukacita dan tanggungjawab kita secara individu kepada seluruh umat manusia.

Sekarang kita tahu bahawa secara individu – antara kita dengan TUHAN – kita bertanggungjawab untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus. Walaupun (jika) ahli keluarga, ibubapa, anak-anak, pasangan, saudara saudari seiman atau gereja kamu tidak mahu atau suam-suam kuku untuk melakukannya – kamu perlu. Kerana kasih kamu kepada TUHAN dan kerinduan kamu kepada orang lain, kamu harus terus taat kepada perintah-Nya.

Korbankanlah masa kamu untuk berdoa dan mengambil tahu tentang kaum, bangsa atau negara yang belum mengenal TUHAN. Luangkan masa untuk pergi melihat orang disekeliling kamu dan mengambil peluang yang ada untuk memberitakan Berita Baik. Lebih baik lagi, pergilah melakukan pelayanan misi melalui gereja kamu atau menyertai organisasi misi dan penginjilan Kristian untuk jangka masa yang singkat atau lama. Nescaya mata kamu akan terbuka untuk melihat betapa terdesaknya keperluan rohani manusia untuk menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka.

Akhir sekali, gunakanlah wang duniawi kamu untuk Kerajaan Allah yang kekal. Hati dan perhatian kita akan tertumpu kepada di mana kita meletakkan "harta" kita. Jika "harta" kita tertumpu kepada pakaian, makanan, minuman dan untuk kepentingan diri sendiri, maka di situ jugalah hati dan perhatian kita. Yesus berfirman: "Jangan kumpulkan harta di dunia... Kumpulkanlah harta di syurga... Lakukan hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!" (Matius 6:19-21).

Ingat: Kamu ada tanggungjawab secara peribadi untuk

"[meng]khabarkanlah Berita Baik daripada Allah

kepada seluruh umat manusia".

Oleh itu, "pergilah!"

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Cabaran untuk Misi: Pergilah! Roh Kudus Menyertai Kamu

Posted: 13 Dec 2013 08:11 PM PST

"Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia

dan jadikanlah mereka pengikut-Ku" (Matius 28:19, BM)

Kerajaan Allah terdiri daripada pelbagai latarbelakang manusia di seluruh dunia. "Lautan manusia yang luar biasa banyaknya. Tidak seorang pun dapat mengira mereka! Mereka daripada setiap bangsa, suku, negara, dan bahasa" (Wahyu 7:9). Orang bukan Yahudi – seperti kita orang kristian di Malaysia dan diseluruh dunia – juga dipanggil oleh TUHAN ke dalam Kerajaan-Nya. Wow! Ia bermula sejak dari Kisah Rasul-Rasul 15:14: "Allah pada mulanya menunjukkan kasih-Nya kepada orang bukan Yahudi dengan memilih suatu kelompok di kalangan mereka untuk menjadi umat-Nya."

Oleh sebab itu, kenapa kita harus berdiam diri tentang Kerajaan Allah? Kenapa kita tidak memberitakan tentang Raja Yesus Kristus kepada orang lain yang belum mengenal Dia dan belum menerima Dia sebagai Tuhan and Juruselamat mereka? Bagi Rasul Paulus, ini ialah misi dia: "mengkhabarkan Berita Baik di negeri-negeri lain" (2 Korintus 10:16).

Yesus sendiri semasa di dunia juga mempunyai misi yang sama. "Apabila mereka menemui Yesus, mereka berkata, 'Semua orang sedang mencari Guru.' Tetapi Yesus menjawab, 'Kita mesti meneruskan perjalanan ke pekan-pekan lain di sekitar kawasan ini. Aku mesti menyampaikan perkhabaran itu di sana juga, kerana untuk tujuan itulah Aku datang'" (Markus 1:37-38, BM). Jika kamu beranggapan bahawa saya hanya memetik Alkitab di-sana-sini untuk mempertahankan idea saya sendiri tentang penginjilan-misi, baca juga Firman ini: Yesus berkata, "Berita Baik tentang Kerajaan Allah harus Aku khabarkan juga di kota-kota lain, kerana Allah mengutus Aku untuk melakukan tugas itu" (Lukas 4:43). Dan sebelum Yesus diangkat ke Syurga, Dia berkata, "[Kamu] akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Judea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi" (Kisah Rasul-Rasul 1:8).

Jelas sekali bahawa TUHAN mengingini (malah mengutus!) supaya kita yang sudah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat pergi memberitakan Berita Baik keseluruh dunia. Bukan untuk meng-kristian-kan semua orang, tetapi untuk memberitakan kepada mereka tentang keperibadian TUHAN dan pekerjaan Kristus di kayu salib. Bukan untuk mengongkong mereka dengan peraturan-peraturan agama, tetapi untuk melepaskan mereka daripada belenggu dosa "serta mengisytiharkan masanya Tuhan menyelamatkan umat-Nya" (baca Lukas 4:18-19). Bukan untuk membunuh orang bukan Kristian dengan nama 'Yesus', tetapi untuk memberi kehidupan yang kekal dengan nama 'Yesus'! [Mungkin ada dikalangan kita akan dianiaya dan dibunuh kerana nama Yesus. Berbahagialah!].

Hai orang-orang Kristian yang sejati, anak-anak yang dikasihi TUHAN, apa yang sedang kamu lakukan sekarang? Apa yang telah kamu lakukan? Kamu yang ingin menjadi seperti Yesus – adakah mata kamu melihat keperluan rohani orang lain seperti Dia? Adakah hati kamu hancur dan berbelas-kasihan terhadap orang yang belum menerima penyelamatan seperti Dia? Adakah pemikiran kamu dipenuhi dengan Amanat Agung yang diamanatkan-Nya kepada kita? Pernahkah kamu berdoa untuk bangsa-bangsa? Berpuasa untuk keselamatan orang lain? Bilakah kali terakhir kamu memberi atau terlintas di dalam fikiran kamu untuk menggunakan wang, masa dan tenaga kamu untuk memberitakan Kerajaan Allah? Selain membaca Alkitab (jika ada), adakah kamu juga membaca buku-buku tentang penginjilan, misi dan kesaksian ATAU kamu hanya membaca buku-buku tentang kebahagiaan, kekayaan, kesihatan dan berkat untuk diri sendiri sahaja? Semoga TUHAN berbelas-kasihan kepada kamu! Bangun dan "pergilah"! Semoga Roh Kudus meyertai kamu.

Ini misi Allah Bapa kepada Yesus Kritus:

"Allah mengutus Anak-Nya ke dunia... untuk menyelamatkannya" (Yohanes 3:17)

Ini misi Yesus Kristus kepada kita:

"Sama seperti Bapa mengutus Aku,

demikian juga sekarang Aku mengutus kamu" (Yohanes 20:21)

Dengan penyertaan dan kuasa Roh Kudus, ini misi kita:

"Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia

dan jadikanlah mereka pengikut-Ku" (Matius 28:19)

PERGILAH! THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips
Share this Post :

0 comments:

Post a Comment

“AKULAH KEBANGKITAN DAN HIDUP” 1 Korintus 6:12 1 Korintus 8:3 2014 ABRAHAM ABRAHAM: Membangun Mezbah Abram absalom Agama Tidak Menyelamatkan Agnes Monica AGU ROHANI KRISTEN AJARKU BERDIAM Alkitab Allah allah anak allah bapa Allah Peduli Allah Taala Allah Yang Setia Amsal 11:27 Anak Domba ANAK SEKOLAH MINGGU Anniversary Are We Prepared asmirandah Asmirandah Zantman Atas Dosa Awesome God ayub bagi tuhan bangsa isreal Bapa Selidiki Hatiku Baptisan Batasan Belajar berbuat baik Berdoa Berdoalah ‪BERHASIL‬ BERHENTI MEMBATASI IMAN ANDA berita baik Berita Injil Berkabung Berkat dan Undian Berlari Padamu berserta lirik lagu berusahalah mendapatkannya Betapa Hatiku Boy Sopranos carilah perdamaian Christmas Song Cinta-Ku Cintamu Damai BersamaMu Dampak Kekosongan dan yang terpenting DARI TERBIT MATAHARI Darlene Zschech daud Di Setiap Nafasku dikasihi yesus doa harian kristian Doa Mengubah Segala Sesuatu doaku doktrin Domba Domba Allah dosa Dosa Percabulan Dosa Serakah efesus 6:1-3 embun faith firman Firman‬ Tuhan gerija tuhan Get Our Hands Dirty GMB GNF good friday GoodNews Fellowship GoodNews Fellowship Matang goodnews green height GoodNews2us Green Height Grezia hakim segala bangsa hamba rokok Hanya Yesus Juruselamat Harapan Bangsa Harapan Bangsa Lyric Hargai harta Hidup How great is our GOD Hubungan hubungan keluarga ia dikenal oleh Allah Iman iman petrus agung Indah oh Indah Injil Iraq Isa Almasih Jaclyn Victor Jadikan Aku Indah jalan yang lurus janda JANGAN BERKOMPROMI Jangan Pernah Bersedih Jangan sombong jason jauhilah yang jahat Jeffry Tjandra Jesus JIKALAU BUKAN TUHAN SIA-SIALAH USAHA KITA Jodoh Impian John 3:16 jujur jumaat agung Kagumi KARENA TAK PERCAYA Kasih Allah Kasih SetiaM Kasih Tuhan Kasih Yesus Kasihilah sesama manusia Kasihilah Tuhan Allahmu Kau Saja Kaulah Harapan kayu salib kebenaran Kegagalan kehidupan keilahian Yesus Kejadian 2:18 Keluaran 14: 16 KEMARAHAN Kemenangan KESAKSIAN Keselamatan KETIKA DOSA DIBERESKAN Khotbah Khotbah Pastor Kingdom of God Kisah Dua Lelaki kisah lucu kristian Kisah Penjual Minuman Kisah Teladan Kisah Tiga Pokok ‎Kitab‬ Suci Krismas kristen kristian Kristus kuasa doa kumenyembah kutetap setia Kutukan Setan Lagu Hari Natal lagu rohani Lagu Rohani Kristen Lagu Rohani Terbaru Lagu Rohani Terbaru 2014 - PertolonganMu - Citra lagu Yesus Lahir LAPAR DAN HAUS AKAN TUHAN LAZARUS Lebih Dalam Lirik Lagu Rohani Kristen LYDIA KANDOU Marah Menimbulkan Celaka Markus 16 masalah berat matius Matius 22:37-40 mazmur 1:1 - 1:3 mazmur 23 Mazmur 34:15 Membangun Mezbah MENANGGAPI MUSIBAH Mengejar Hadirmu - GMB Mengembangkan Talenta MENGENAL YESUS Menggigil Kedinginan Menjadi Bijak Menjadi‬ orang ‎menurut‬ prinsip ‪Tuhan‬ Merawat Hubungan Mike Mohede Miliki miskin mujizat tuhan mujizat tuhan kasih tuhan Mujuzat Itu Nyata Nabi Musa NAFSU Nama Yesus Natal Nikita oleh Isa Almasih orang yang diberkati orang yang mengasihi Allah Oxygen True Worshippers Youth Palestin dan Israel Pastor Jeffrey Rahmat Pastor Luke Pdt. Gilbert Lumoindong Pencuri Kue Penganiayaan Kristian perintah Perkahwinan perkara doa Perkongsian Perkongsian Kebaktian Pertolongan petrus agung pilihan yang salah Puji Puji dan Sembah Putus Hubungan roh kudus Roma 15:13 Roma 5:1-5 SAAT ANDA MERAGUKAN KASIHNYA SAATNYA PEREMPUAN BERPERAN salah fokus Sampai Sesuatu Terjadi Santa Claus Sarah Sarai Sari Simorangkir Sdri Maria Selamat hari Krismas Selamat hari natal Sembah semua bangsa Semua Orang Pasti Menangis sentuh hatiku September 25 2015 September 7 SERI UTUSAN TUHAN Seru Nama Yesus sidney mohede Sikap Rendah Hati Single Forever Stefano Sanjaya stop worrying Sudah Selesai Sukacita Surga syukur Taurat Musa Telinga Ibu Tepat pada Waktu terima kasih kepada Yesus Penyelamat saya Terlalu Besar Teruskan Berdoa The Power of Your Love Tiba Saatnya Tinggal Dalam Firman Titus 2:7 True Worshippers True Worshippers Youth tuhan Tuhan Dengar Doaku Tuhan menjadi Manusia Tuhan Pasti Sanggup Tuhan Tidak Dapat Mencegah Manusia Untuk Berbuat Jahat Tuhan Yesus Turun dan Naik untuk orang lain UTUSAN TUHAN Vania Larissa Vanissa Larissa Wahyu YANG ADA DI ALKITAB Yang Lumpuh disembuhkan yang terutama Yeremia 17:5 Yesaya 1:18 Yesaya 27:3 Yesus Yesus JuruselamatKu YESUS KEKUATANKU YESUS KRISTUS Yesus Tuhan Yohanes