Cabaran untuk Misi: Kita Mesti Pergi! |
Cabaran untuk Misi: Kita Mesti Pergi! Posted: 08 Jan 2014 12:45 AM PST
(Kejadian 12:3, BM) "Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku" (Matius 28:19, BM) Alkitab mengatakan bahawa semua orang yang percaya harus pergi ke seluruh dunia dan mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia. Ini tidak bermaksud bahawa hanya sesetengah orang yang 'terpilih' sahaja yang harus pergi atau semua orang Kristian harus pergi ke negera lain – tidak. Maksud Firman ini ialah semua orang yang percaya harus mentaati perintah dan mengikuti kehendak Allah. Tidak kira samada kita pergi ke seluruh Malaysia, atau Indonesia, Brunei, Timor Leste, atau Jepun. Ianya bergantung kepada dimana Tuhan mengutus kita (tempat kerja, sekolah, kampus, pelayanan misi). Jika kita pergi ke tempat dimana Dia tidak mengutus kita – kita tidak akan menjadi efektif. Dengan ini, kita perlu mengikuti Yesus dan mendengar suara-Nya. Yesaya 30:21 mengatakan, "Jika kamu menyimpang ke kanan atau ke kiri, kamu akan mendengar suara-Nya di belakang kamu berfirman, 'Inilah jalannya, ikutlah jalan ini!'" (BM). Ianya tentang mengikuti Tuhan Yesus dengan segenap hati kita dan melakukan perkara yang difirmankan-Nya. Setiap orang Kristian harus pergi ke tempat di mana Tuhan memanggil mereka. Cuba kamu baca pelayanan rasul Paulus di dalam Kisah Rasul-Rasul. Dia tidak membuat jadual dia sendiri, Roh Kudus yang memimpin dan menggerakkan dia. Namun begitu, ia tidak bermaksud kita hanya duduk di rumah dan menunggu wahyu dari syurga datang. Ada orang yang saya kenal berkata bahawa dia ingin sangat untuk menjadi pelayan misi selepas membaca cabaran untuk misi di dalam artikel blog saya. Suatu hari dia berdoa di dalam gelap, katanya, 'Tuhan Yesus, jika Engkau memanggil saya untuk menjadi pelayan misi di gereja saya, pasangkan lampu dan saya tahu bahawa itu ialah jawapan dari-Mu.' Tidak ada apa-apa yang berlaku dan dia tidak lagi mencari kehendak-Nya! (Kalaulah dia hanya membaca Alkitab dan berdoa). Adakah nyawa ini milik kita atau milik Tuhan? Adakah Dia Tuhan atau kita ialah Tuhan? Sedih sekali, ramai di antara orang Kristian sebenarnya beranggapan bahawa kehidupan ini ialah milik mereka yang mutlak. Mereka ada keinginan, pelan dan perancangan untuk mengumpul harta dunia – dan Tuhan berada di tempat kedua di hati mereka. Kita tentu pernah mendengar atau membaca doa seperti ini, 'Ini ialah perancangan saya [.......], berkatilah ia Tuhan' dan bukannya, 'Tunjukkan saya kehendak-Mu Tuhan dan saya sanggup pergi ke mana sahaja dan melakukan apa sahaja yang Engkau kehendaki.' Jika kita berdoa seperti yang terakhir tadi, maka, Tuhan pasti akan menjawab doa kita. Jika kita benar-benar berdoa untuk mencari kehendak Allah di dalam hidup kita, percayalah bahawa Dia akan membuka jalan bagi kita untuk pergi ke tempat yang Dia ingini – dan perkara yang luar biasa pasti akan berlaku! Pergi dan Tuhan akan menunjukkan kepada kita ke mana kita harus pergi dan apa yang perlu dilakukan. Panggilan untuk "pergi" adalah perintah yang sangat penting sekali. Ianya bukanlah suatu jemputan atau idea semata-mata – ia ialah perintah daripada Tuhan sendiri. Jadi setiap orang, juga termasuk kamu yang membaca artikel ini, akan dihakimi samada kita mengikuti perintah-Nya atau tidak. Biarlah kehendak kita sama dengan kehendak-Nya iaitu supaya "semua bangsa di seluruh dunia" mendengar Berita Baik tentang Yesus Kristus dan menjadikan mereka pengikut-Nya. Kita mesti pergi! THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. |
You are subscribed to email updates from Word Speaks Today To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment