Sebab #1: Yesus Mati... Untuk Menghampuskan Permusuhan Antara Kaum dan Bangsa (1 daripada 10) |
Sebab #1: Yesus Mati... Untuk Menghampuskan Permusuhan Antara Kaum dan Bangsa (1 daripada 10) Posted: 24 Apr 2014 09:05 PM PDT Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #1: Untuk Menghampuskan Permusuhan Antara Kaum dan Bangsa Kecurigaan, prejudis, dan sikap permusuhan di antara orang Yahudi dan orang bukan Yahudi pada zaman Alkitab adalah sama seriusnya dengan sikap perkauman dan perbezaan diantara kaum, bangsa dan negara pada masa sekarang. Oleh itu, Yesus mati di kayu salib agar setiap kaum dan bangsa dapat berdamai melalui-Nya: Yesus Kristus "telah membawa kedamaian... dengan kematian-Nya di kayu salib Kristus telah merobohkan tembok permusuhan... Dia boleh menjadikan mereka satu umat yang baru, yang hidup bersatu dengan Dia... Kristus mendatangkan kedamaian... Kristus telah melenyapkan permusuhan... dan memimpin mereka kembali kepada Allah" (Efesus 2:14-16, BM). Adalah sangat mustahil untuk menyatukan semua kaum dan bangsa dengan berkata bahawa semua agama di dunia adalah sama dan boleh disatukan. Tuhan telah mengutus Anak-Nya ke dunia sebagai satu-satunya jalan bagi setiap orang berdosa boleh diampuni dan mendamaikan permusuhan diantara kaum dan bangsa. Hanya melalui perdamaian ini sahaja barulah setiap kaum mampu mengasihi dan melayani satu sama lain dengan penuh sukacita. THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) |
You are subscribed to email updates from Word Speaks Today To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment