Sebab #10: Yesus Mati... Supaya Kita Beroleh Hidup yang Kekal Apabila Kita Percaya Kepada-Nya (10/10) |
- Sebab #10: Yesus Mati... Supaya Kita Beroleh Hidup yang Kekal Apabila Kita Percaya Kepada-Nya (10/10)
- Sebab #9: Yesus Mati... Untuk Memimpin Kita kepada Allah (9/10)
- Sebab #8: Yesus Mati... Untuk Menanggung Hukuman Kita (8/10)
- Sebab #7: Yesus Mati... Untuk Menunjukkan Kasih-Nya kepada Kita (7/10)
Posted: 28 Apr 2014 08:30 AM PDT
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #10: Supaya Kita Beroleh Hidup yang Kekal Apabila Kita Percaya Kepada-Nya Yesus berkata dengan jelas bahawa sesiapa yang tidak percaya atau menolak pemberian hidup yang kekal akan dibinasakan selamanya di neraka. "Barangsiapa tidak percaya, ia telah berada di bawah hukuman, sebab ia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah... ia tidak akan melihat hidup, melainkan murka Allah tetap ada di atasnya" (Yohanes 3:18, 36, TB). Tetapi bagi sesiapa yang percaya kepada Kristus, yang terbaik pasti disediakan kepada mereka. "Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengasihi Dia" (1 Korintus 2:9, BM). Kita akan melihat kemulian Tuhan yang sebenar. "Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus" (Yohanes 17:3, TB). Amin! THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) | ||
Sebab #9: Yesus Mati... Untuk Memimpin Kita kepada Allah (9/10) Posted: 28 Apr 2014 08:20 AM PDT Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #9: Untuk Memimpin Kita kepada Allah "Gospel" bermaksud "Berita Baik," dan ia merupakan berita yang akhirnya menjurus kepada satu perkara: TUHAN Allah sendiri. Gospel (terjemahan Kamus Oxford Fajar adalah sama) ialah berita baik tentang bagaimana Tuhan dalam apa cara sekalipun sehingga sanggup mengorbankan Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk membolehkan kita beroleh hidup kekal untuk menyembah dan terus bersukacita di dalam Dia. "[Kristus] sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya Dia boleh memimpin kita kepada Allah" (1 Petrus 3:18, BM). THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) | ||
Sebab #8: Yesus Mati... Untuk Menanggung Hukuman Kita (8/10) Posted: 28 Apr 2014 08:07 AM PDT
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #8: Untuk Menanggung Hukuman Kita Kesimpulan untuk penderitaan dan kematian Kristus ialah ini: "Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Yesus Kristus" (Roma 8:1, BM). Untuk "hidup bersatu dengan Yesus Kristus" bermaksud untuk terus mempunyai hubungan dengan Kristus melalui iman kepada-Nya. Kristus menanggung dosa kita (bermaksud kita tidak perlu dihukum lagi) dan kita sekarang berkenan dihadapan Allah (bermaksud bukan kerana kebaikan kita). Kematian Kristus mengesahkan bahawa tidak akan ada lagi hukuman bagi mereka yang percaya dengan iman bahawa Kristus sudah mati bagi mereka. Ianya sangat pasti seperti kenyataan bahawa Yesus mati (dan bangkit semula!). THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) | ||
Sebab #7: Yesus Mati... Untuk Menunjukkan Kasih-Nya kepada Kita (7/10) Posted: 27 Apr 2014 07:56 PM PDT Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #7: Untuk Menunjukkan Kasih Yesus kepada Kita Kematian Kristus menunjukkan bahawa Dia "mengasihi aku dan telah mengorbankan diri-Nya untuk aku" (Galatia 2:20, BM). Dosa sayalah yang menghalang hubungan saya dengan Tuhan. Apa yang saya hanya boleh buat ialah meminta belas kasihan daripada-Nya. Apabila saya mendapati bahawa Kristus menderita dan mati "untuk membebaskan banyak orang" (Matius 20:28, BM), saya bertanya, adakah saya diantara "banyak orang" itu? Saya membaca dan mendengar jawapan: "Setiap orang yang percaya kepada [Kristus] tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal" (Yohanes 3:16). Yesus membayar hukuman dosa saya – secara peribadi – ini ialah pemberian yang tiada bandingannya! THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) |
You are subscribed to email updates from Word Speaks Today To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment