Sebab #6: Yesus Mati... Untuk Menunjukkan Kasih Allah kepada Orang yang Berdosa (6/10) |
- Sebab #6: Yesus Mati... Untuk Menunjukkan Kasih Allah kepada Orang yang Berdosa (6/10)
- Sebab #5: Yesus Mati... Untuk Kita Berbaik Semula dengan Allah (5/10)
- Sebab #4: Yesus Mati... Untuk Membebaskan Kita daripada Kutukan Hukum Taurat (4/10)
- Sebab #3: Yesus Mati... Untuk Mendamaikan Murka Allah (3/10)
Sebab #6: Yesus Mati... Untuk Menunjukkan Kasih Allah kepada Orang yang Berdosa (6/10) Posted: 27 Apr 2014 09:10 AM PDT Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #6: Untuk Menunjukkan Kasih Allah kepada Orang yang Berdosa Besarnya kasih Tuhan kepada kita boleh dilihat melalui kesanggupan-Nya untuk mengorbankan diri bagi segala dosa kita: "Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal" (Yohanes 3:16, BM). Apabila kita melihat betapa dahsyatnya pengorbanan yang dialami oleh Kristus di kayu salib, ia menjadi sangat jelas bahawa kasih Bapa dan Anak tiada terhingga hebatnya! Kebesaran kasih Tuhan semakin bertambah nyata apabila kita sedar bahawa kita tidak layak dihadapan-Nya. "[Allah] telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa" (Roma 5:8, BM) Hutang kita terlalu banyak, hanya pengorbanan-Nya sahaja yang dapat membayarnya. THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) | ||
Sebab #5: Yesus Mati... Untuk Kita Berbaik Semula dengan Allah (5/10) Posted: 27 Apr 2014 12:06 AM PDT Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #5: Untuk Kita Berbaik Semula dengan Allah Pendamaian yang perlu berlaku diantara kita dan Allah memerlukan tindakkan kedua-dua belah pihak. Tuhan terlebih dahulu menyediakan jalan untuk kita berbaik semula dengan-Nya dengan merobohkan tembok yang memisahkan Dia dengan kita – iaitu, kesalahan dosa kita. Dia bertindak untuk melakukan sesuatu yang tidak mungkin kita dapat lakukan sendiri dengan menyerahkan Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk mengalami hukuman bagi dosa kita. Yesus mati bagi kita. "Ketika masih berseteru (atau masih bermusuhan), [kita] diperdamaikan dengan Allah oleh kematian Anak-Nya" (Roma 5:10, TB). Tindakkan pendamaian bagi pihak kita pula sangat mudah, iaitu, dengan percaya dan menerima dengan iman apa yang Tuhan telah siap sediakan bagi kita. Hanya dengan cara ini kita dapat bertindak untuk mencapai pendamaian itu. THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) | ||
Sebab #4: Yesus Mati... Untuk Membebaskan Kita daripada Kutukan Hukum Taurat (4/10) Posted: 26 Apr 2014 11:57 PM PDT Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #4: Untuk Membebaskan Kita daripada Kutukan Hukum Taurat Tiada seorang pun dapat mengelakkan diri daripada kutukan Taurat Allah. Hanya ada satu kenyataan: Kita semua bersalah melanggar perintah-Nya. Hanya ada satu jalan penyelesaian: seseorang harus dihukum atas pelanggaran itu. "[Kristus] telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat" (Galatia 3:13, BM). Tuntutan Hukum Taurat telah digenapi oleh Kristus melalui hidup-Nya yang sempurna, dan kutukan Hukum Taurat telah digenapi oleh kematian-Nya. Inilah sebabnya Alkitab menyatakan bahawa pengampunan Tuhan tidak diberi berdasarkan ketaatan kita terhadap Hukum Taurat, tetapi "melalui iman [kepada Yesus Kristus], bukan kerana mengikuti Taurat" (Galatia 2:16, BM). Harapan kita untuk berbaik semula dengan Allah ialah hanya melalui kebenaran (hidup-Nya yang sempurna) dan darah (kematian-Nya) Yesus Kristus yang diberikan kepada kita. THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) | ||
Sebab #3: Yesus Mati... Untuk Mendamaikan Murka Allah (3/10) Posted: 26 Apr 2014 11:50 PM PDT
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #3: Untuk Mendamaikan Murka Allah Hukum Taurat menuntut: "Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu" (Ulangan 6:5, BM). Tetapi kita semua lebih mengasihi benda atau perkara lain. Itulah dosa – tidak mengasihi dan menghormati Tuhan "segenap hati" dengan lebih menyukai benda atau perkara lain, dan bertindak untuk terus mengasihi semuanya, kecuali Tuhan. Tahap keseriusan dosa bergantung kepada kebesaran dan kemuliaan seseorang yang dicelakan itu. Oleh kerana dosa kita ialah terhadap Tuhan Allah Semesta: "upah dosa [kita] ialah maut" (Roma 6:23, TB). Tidak menghukum dosa adalah tindakkan yang tidak adil (Allah itu adil!). Oleh itu, Tuhan Allah mengutus Anak tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk mengalami hukuman dosa yang sepatutnya dialami oleh kita kepada Diri-Nya Sendiri. "Allah telah mengasihi kita dan telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian" – daripada murka Allah – "bagi dosa-dosa kita" (1 Yohanes 4:10, TB). Kemudian, Tuhan secara terbuka berkenan dengan tindakkan Kristus yang mengorbankan diri-Nya mati di kayu salib bagi dosa kita dengan membangkitkan Dia semula daripada maut – yang menyatakan bahawa penderitaan dan kematian Yesus tidaklah sia-sia malah berjaya mencapai matlamatnya! THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) |
You are subscribed to email updates from Word Speaks Today To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment