Sebab #2: Yesus Mati... Untuk Memberi Maksud Perkahwinan Dengan Lebih Dalam Lagi (2/10) |
Sebab #2: Yesus Mati... Untuk Memberi Maksud Perkahwinan Dengan Lebih Dalam Lagi (2/10) Posted: 26 Apr 2014 10:18 AM PDT Kenapa Yesus perlu menderita dan mati? Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21. Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah. Sebab #2: Untuk Memberi Maksud Perkahwinan Dengan Lebih Dalam Lagi Tuhan tidak pernah menjadikan perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat menyedihkan. Namun begitu, banyak sekali perkahwinan berakhir seperti itu. Itulah apa yang dilakukan oleh dosa... dosa menyebabkan kita melayani sesama kita dengan teruk sekali. Yesus mati untuk mengubah hal ini. Dia tahu bahawa penderitaan dan kematian-Nya boleh memberi maksud perkahwinan dengan lebih dalam lagi. Itulah sebabnya Alkitab menyatakan: "Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah" (Efesus 5:25, BM). Tuhan menjadikan perkahwinan supaya suami akan mengasihi isteri sebagaimana Kristus mengasihi umat-Nya, dan supaya isteri memberi respon sebagaimana umat-Nya harus memberi respon kepada Kristus. Kasih seperti ini hanya boleh dicapai kerana Kristus telah mengorbankan nyawa-Nya untuk mereka suami isteri. THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. *Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) |
You are subscribed to email updates from Word Speaks Today To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment